Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Sunday, October 29, 2006

Meriah nyer!!!.Meh.. beraya di Rumah Terbuka Faizal

Salam Lebaran semua ...

Sebulan sudah kita semua berpuasa Haaaa !! dan tiba la hari Raya.. Yahooo!!!! dum dum doom bunyi mercun.. best nyer... so macamana sambutan Hari Raya ditempat anda semua.. Haaa!! udah semestinya lah meriah abis... meh kita jenguk sat ape Faizal buat di Rumah Terbukanya...jeng jeng jeng.... Jommm!!!! jenguk meh...

Rumah Terbuka Faizal di adakan pada Hari Raya ke 2 ...Wah!! Sungguh meriah sekali suasana bg Faizal yang merayakan Hari Raya sebagai seorang artis. Bermula dr pg lagi selepas saja solat Hari Raya... Sejurus kemudian apalagi mulalah orang ramai membanjiri rumah Faizal yang terletak di Kampung Sg Kerak Marang.. wah!! Yg tua dan yang muda bersama keluarga berpusu pusu singgah untuk beraya nih.. tidak ketinggalan anak2 kecil yang sudah tentu gembira di hari raya..

Seperti biasa Faizal dgn sifat semulajadinya yg sentiasa tersenyum menanti peminat2 dan rakan2 serta saudara mara datang berkunjung kerumah nya... Di anggarkan lebih kurang 4,000 yg dtg berkunjung.. bayangkan lah tidak menang tangan faizal dan keluarga melayan tetamu yg hadir untuk menjamu selera.... Hingga ke petang pun masih ramai yg dtg melawat..Tetamu yang hadir bukan hanya dtg dr Terengganu saja, malah yg dtg dr luar KL hingga ke JB , Singapura, Sabah dan Sarawak pun ada yg berkunjung.. semata2 utk bertemu dengan Faizal hinggakan keluarga yg dtg dr JB sudah 3 kali berpusing mencari rumah Faizal dan sempat beliau menyarankan agar Keluarga Faizal meletakkan Papan tanda menuju kerumah Faizal..supaya senang peminat dr luar Terengganu melawat Faizal nanti.. begitu la penangan anak muda nih..

Yang lupa membawa autograph untuk Faizal tandatangan pun sibuk mencari ape2 yg patut untuk ditandatangan ... kelakar nya.. hinggakan piring kertas makanan pun dijadikan peminat utk dptkan tandatangan Faizal.. tp itu la hakikatnya... perasaan gembira dapat bertemu dengan idola mereka.. Sudah tentu Faizal terharu dgn sambutan yg sebegini.. Walaupun letih seharian melayan tetamu namun kepuasan tetap terpancar di wajahnya dan setiap ahli keluarganya apatah lagi di Hari Yang Mulia ini...


Faizal bersama peminat istimewanya....for more OPEN HOUSE photos
please visit PHOTOLOGY



Senyum Sokmo lah....

Sunday, October 22, 2006

Selamat Datang...

Salam Semua,
Selamat Datang...ye. Thank you for visiting BLOG SENYUM SOKMO. We hope that with the launching of these associated websites, fans would be able to gain more infos on Faizal's progress as an Artiste. Insya'allah, in the near future we are looking forward for Faizal personal contribution to this blog, as an added personal touch from him especially for his dear fans...he loves and treasures. As, he truly appreciates your support and he needs your undying support. Sokong Sokmo lah....

This blog layout and colours have been selected because Faizal's favourite colour is YELLOW and we hope that we have created a layout that signifies Faizal's happy charm and warmness that he genuinely portrays.

Please visit the other newly launched websites under theOFFICIAL LINKS, but not forgetting to visit Faizalfc.net for latest updates.

We welcome your constructive feedbacks in improving this BLOG and the other websites.

Happy Sokmo lah....

Tuesday, October 17, 2006

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Salam semua...
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Kepada semua pembaca BlOG SENYUM SOKMO...

Kami dari Warga Kerja Blog Senyum Sokmo dan Warga Kerja dari Laman Web Faizalfc.net serta Faizal's Official Links ... ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri .. dan memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang kami menyelenggarakan kerja2 website ini ...

Kami juga berharap agar Hari raya ini memberi seribu makna kepada pembaca2 Blog serta Website Faizalfc.net yg membabitkan penglibatan anda semua am nya... dan Faizal Ramly khasnya.... di harap anda semua bergembira menyambut Hari Raya bersama keluarga yg tercinta...

Wassalam....

Senyum Sokmolaaaah..

** Sedikit ucapan dan video clip dr Faizal akan kami usahakan sebagai penganti diri beliau yg akan menyusul kemudian ...Insya'allah Faizal will be actively involve in writing his own entries as to to share his journey as an artiste with his dear fans. Look out for Faizal's presence here....soon...

Terima kasih kerana tidak jemu2 memberi sokongan kepada Faizal....

Monday, October 09, 2006

WOW!!!! Get them now guys... while its still hot!!!


Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image HostingSalam Semua...Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Haaaa!!!!! ...(sukanya aku ngan trademark ni ..teringat Faizal kat uniknya ramadan he he ) tak sangka ye dah hampir setengah bulan kita semua menjalankan ibadah puasa...dan tak lama lagik .. menjelang pula bulan Syawal ... sudah ke anda2 semua ni membuat persiapan tuk Hari Raya.. kita sebagai umat islam nih berpada pada la berbelanja dalam musim perayaan ini iye... maklumlah Hari Raya Aidilfitri cuma datang setahun sekalikan... membeli keperluan dan berbelanja dengan bersederhana iye...


Nih!!! anda semua ni dah ke dapatkan Kad Hari Raya Faizal dan sampul duit hari raya.. Wow!! hebat lah!!! tak sangkakan....2 design dan warna Kad Raya Faizal yang sangat cantik dan menarik.. ..tambah2 lagik terteranya wajah Faizal yg segak dan kacak dgn berpakaian baju Melayu bersongkok serta bersamping.. apa lagik dengan senyum sokmonya Faizal pasti menambat hati anda kan... he he...Pasti Hari Raya tahun ini lebih bermakna bagi diri Faizal juga.. apatah lagik setelah bergelar artis... Di sampul duit raya pun ada wajah Faizal.. (Korang jgn ada pulak yg cair dan senyum sorang2 nih.. adehhhh!!!!..he he he ..) so guys !.. marilah sama2 kita beli kad2 raya ini serta sampul duit raya bg memeriahkan suasana Hari Raya nanti iye ...kalau sayang sangat nak bg pd kenalan2 .. simpan je wat kenangan pun buleh.. he he

Photobucket - Video and Image Hosting

Anda dah dapatkan ke CD SALAM LEBARAN AF1 & AF4 - Mesti Balik Raya ... Album kompilasi lagu lagu raya ini adalah dari bekas pelajar2 AF1 hingga AF4... telah pun ada di pasaran ni.... so guys jangan la tunggu lama lama.. cepat cepatlah dapatkan album kompilasi Raya ini... Faizal menyumbangkan 2 buah lagu... iaitu SEPASANG KURUNG BIRU dan lagu Duet bersama Haziq bertajuk LAMBAIAN AIDILFITRI..... Lagu Sepasang Kurung Biru dulu pernah dipopularkan oleh Khairil Johari Johar.. tetapi kali ini dengan musik yg lebih segar dan berbeza dan dinyanyikan pula oleh Faizal.. Wah!!! sudah tentu ianya berlainan sekali .. dengan suara yg gemersik dan lontaran vokal yg jelas akan membuat kan anda terus terpaku untuk mendengarnya berulang2 kali (jgn la bila dah dgr sore faizal smpai kerja lain anda tak buat... bahaya nih!! ha ha ha)

Lagu duet Faizal bersama Haziq juga amat menyentuh perasaan dan jiwa anda.. cuba perhatikan bait2 lirik tersebut buleh menyebabkan anda menitiskan airmata... Tak rugi tau jika anda mendapatkan Album raya ini terutama ini ada lah lagu recording Faizal yg pertama..... he he.. disamping itu kita semua dapat memberi sokongan yg tidak henti kepada Faizal iye... Tunggu apa lagik guys.. jgn lupa dapatkan PRODUK pertama Faizal nih iaitu SALAM LEBARAN AF1 & AF4 - Mesti Balik Raya yg cuma berharga $RM25.90 (CD) dan $RM 17.50 (MC) ..
Dapatkan juga KAD HARI RAYA FAIZAL (2 design) dan SAMPUL DUIT HARI RAYA ... jangan lupa guys!! Buy yg Original k!!!.....
Photobucket - Video and Image Hosting
For more details on ordering please go to www.faizalfc.net.
So seperti biasa lah!!!! ...SENYUM SOKMOLAHHHHH!!!!!
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, October 02, 2006

FAIZAL's 1st meet up with his FANS

Seperti yang dijanjikan, pada tanggal 19hb September yang lalu berlangsunglah Majlis Perjumpaan yang diadakan oleh Kelab Peminat Faizal (FFC) bersama Faizal bertempat di Hotel Seri Pacific, KL yg dulu dikenali sebagai Pan Pacific Hotel dalam keadaan yg cukup indah dan meriah. Bermula dengan pendaftaran keahlian bagi peminat dan penyokong2 Faizal sebelum Majlis bermula...

Majlis tersebut diadakan adalah tujuan untuk merasmikan Kelab Peminat Faizal, Lama Web Rasm
i Kelab Peminat Faizal dan akhir sekali memperkenalkan CD Kompilasi Konsert2 Faizal sepanjang beliau berada di dalam Akademi..walaupun rancangan akademi fantasia sudah pun berakhir tetapi peminat2 masih berpeluang untuk mendengar suara gemersik Faizal sementara menunggu album Solo beliau dijangkakan akan keluar di pasaran pada bulan November nanti...Kehadiran Ahli Parlimen Dungun Yang Berhormat Datuk Rosli Bin Mat Hassan bersama isteri dan keluarga telah memeriahkan Majlis tersebut.. Sokongan beliau terhadap anak jati Terengganu tu cukup membuatkan para peminatnya merasa bangga.

Majlis berlang
sung tepat jam 8.30 mlm dengan dimulakan bacaan doa oleh En. Shaari Bin Sulaiman , ucapan dr YBerhormat Datuk, Ketua Operasi Maestro iaitu Freddie Fernandez, Presiden FFC Encik Rahyme b Mokhtar dan disudahi dengan ucapan dari Faizal sendiri.. Faizal sendiri nampak begitu gembira bila mana ramai peminat yg datang memberi sokongan tidak putus2 dalam kerjaya baru beliau itu... Dengan lagak beliau yg sentiasa ceria itu membuat peminat merasa gembira dan teruja..

Faizal turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas usaha Kelab peminat beliau bg mempromosikan album kompilasi tersebut. Diharap sokongan ini tidak terhenti disitu tetapi beliau harapkan ianya berterusan selari dengan usaha gigih beliau memantapkan kerjaya beliau.

Masa yang dinantikan oleh peminat2 yg sudah tidak sabar2 lagik adalah masa untuk Faizal mendendangkan lagu2 dr konsert beliau di akademi..Dimulakan dengan lagu Blues Terengganu Kita.. sejurus saja
lagu tersebut didendangkan... beliau dengan rasa megahnya melancarkan Laman Web Rasmi Kelab Peminat Faizal yg dibantu oleh En.Kamaruzzam @ SA yg menerajui Laman Web tersebut.. Selesai saja acara tersebut Press Conference di adakan utk Faizal.. sambil PC dijalankan ..para tetamu di saji kan dengan makanan malam.. suasana santai dah ceria tu membuat kan masing2 merasa benar2 gembira...

Selesai di temuramah..faizal kembali menyampaikan 3 buah lagu iaitu INGIN TAHU (berduet bersama isteri YB), DEALOVA yg menjadi kegilaan peminat2 wanita Faizal sehingga menda
pat tepukan gemuruh dr penonton dan akhir sekali lagu yg menjulang namanya di persada seni iaitu LIHATLAH... lagu itu juga terunggul di Carta era minggu tersebut..Senyumnya tidak putus2 dilemparkan kepada peminatnya..hinggakan ada yg sempat bergambar sambil Faizal menyanyi..

Peminat masih lagi setia menanti hingga ke akhir majlis yg mana satu lagi sessi bersama peminat iaitu untuk mendapatkan tandatangan penyanyi kesayangan mereka yg bg mereka
mungkin tidak berpeluang lagi bersama2 beliau di masa2 akan datang kerana kesibukkan beliau dengan kerjaya baru ini ...

To view Faizal's performances at the gathering please
CLICK HERE... Courtesy of Faizal's fan, Syasya.

Senyum sokmolaaaaah...

<BGSOUND src="" loop=infinite>