Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Tuesday, January 30, 2007

Faizal bersantai sambil menanti Malam ABHBP 2006

Salam ceria semua,

Tinggal beberapa hari saja lagi menjelang ABHBP 2006, artis2 dan media dan para jemputan mula berkampung di Arena All Stars Genting Highland sambil menyaksikan acara gilang gemilang Anugerah ABHBP anjuran Berita Harian pada 4hb Februari 2007... Faizal pula tidak terkecuali dan teruja sekali untuk sama2 menyertai pesta itu nanti .. naik ke Genting Highland untuk kali kedua untuk Faizal memang amat menyeronokkan ye!!!


Menunggu akan kemunculan Faizal nanti di Red Carpet dan Acara Anugerah pada 4hb Feb ..sempat jugalah kami bersama2 ngan Faizal menghabiskan masa bersantai sambil menenangkan fikiran (konon2nye lah..ha ha) serta merehatkan badan setelah menghabiskan masa minggunya dengan promosi Jelalah ABHBP ...Di pejabat FFCKL kami mulalah menguji suara2 yg tak seberapa tu ..ha ha.....ini ajelah kesukaan dan hobi Faizal kalo bukan acara berkaraoke... memang sukar bg Faizal nak mencari hari2 yang sebeginikan ape lagik bersama kawan2 ..... Gelak ketawa dan kecerian terpancar di wajahnya dan ini terbukti bahawa kehidupan barunya memberi semangat dalam kerjaya faizal....


Photo Credits: Sisterazzi

Khas dari Mamaqueen
Video Unplugged: Satu Hari Lagi
*Nyanyian dan petikan guitar oleh Faizal di minggu terakhir di Akademi

Sunday, January 28, 2007

Huh!!!! destinasi terakhir di Plaza Alam Sentral...

Salam semua,

Destinasi terakhir Jelajah ABHBP berakhir di Plaza Alam Sentral, Shah Alam... dengan kapasiti penonton seramai lebih kurang 7,000 membanjiri Plaza Alam Sentral... Sambutan yang hangat dan setiap kali kelibat Faizal serta artis2 popular mengundang jerit pekik peminat2 yang rata2 datang hanya ingin melihat artis2 pujaan mereka ...

Bagaikan satu pesta utk artis2 dan peminat2 yang mahu melihat dan mengenali Faizal serta artis yg mengambil bahagian dengan lebih dekat lagi... Kejayaaan Jelajah ABHBP 2006 ini adalah dengan sokongan dari peminat dan komitment yang amat baik dari Faizal serta artis2 yang turun ke setiap destinasi dr Pantai Timur hingga berakhirnya di Shah Alam... Walaupun hanya seketika bg peminat2 bertemu artis2 kesayangan mereka tetapi kenangan akan tetap diingatan di setiap diri artis yang mengambil bahagian... Di harapkan acara sebegini dapat diteruskan dengan harapan ianya memupuk selatulrahim diantara media, artis serta peminat .....


Jumpa nanti di ARENA ALL STARS GENTING HIGHLAND pd 4hb Februari 2007!!

Sunday, January 21, 2007

Ke Melaka kita!!! Meh!!. serbuuuuuuuuuu....

Salam semua,

Bergerak kita dari Johor Baharu terus ke Melaka... Faizal bersama finalis ABHBP 2007 ke Dataran Pahlawan, Melaka Megamall. Sambutan peminat terhadap finalis2 mmg rancak dan happening habis.. ribuan peminat membanjiri Melaka Megamall, dan dah tentu peminat2 dtg hanya untuk melihat artis2 kesayangan mereka beraksi di tempat kebanggaan mereka ini, apatah lagik berbagai acara di adakan.....

Photobucket - Video and Image Hosting

Sambutan peminat terhadap Faizal.. memang mengkagumkan, mereka begitu teruja sangat dapat bersua muka dengan Faizal dan finalis ABHBP dan Faizal sempat memperdengarkan 2 buah lagu beliau iaitu LIHATLAH dan HUJAN, posters tuk peminat tidak Faizal lupakan, yang bernasib baik dapatlah poster2 dari Faizal, tp apa apapun sambutan dan komitmen Faizal dan artis2 lain memanglah jitu.. dan berharap ianya berkekalan supaya orang akan kenal faizal dengan sikapnya yg begitu menyenangkan peminat2nya..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting
Photo credits: Sisterazzi

Pas ni kita ramai2 ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam...

Senyum sokmolah!!!

Thursday, January 18, 2007

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Salam semua,

Kami, wargakerja FAIZALFCnet mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 2007 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga harapan kami kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum, bersama2 hidup dengan aman dan bersatu padu serta berwawasan supaya dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan berkeluarga begitu juga dengan kerjaya... INSYALLAH!!!

Semoga dengan tibanya MAAL HIJRAH kita sama2 berdoa dan memohon kehadrat ilahi supaya di lindungi negara kita MALAYSIA..

Senyum sokmolah!!!

Monday, January 15, 2007

Bowl over with Faizal.....Jom lah...

Salam...Jom bowling!!!

Join us and bowl guys!!!

It is a pleasure to invite u guys to participate in an upcoming event. This will be the 1st leisure activity is organised by FFC AJK's KL and Faizal will be there !!! Don't be shy...be there...!!!

So Guys..Hurry up!! Let's fill in the form n submit it to FFC... n who knows u will bowl side by side with Faizal... It will be first come first served basis... so guys do check it out below...and for Faizal , mung show us mung nya skills of bowling eh!!!!
Place : Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, KL
Time : 10.00 am
Date : 18th February 2007
Fees : $RM30 for members , $RM35 for non-members

Click to this link for more info:-
Borang Penyertaan Aktiviti FFC

Let's head down the lane....
Bowling sokmolahhhh!!!!

Sunday, January 14, 2007

Kompleks Pasir Gudang,JB ...here we come!!!!!!

Salam Ceria,

Walaupun Jelajah ABPBH 2006 di teruskan ke Kompleks Pasir Gudang di Johor Baru, dalam keadaan yang tidak begitu ceria kerana kami disini tetap bersimpati kepada mangsa2 banjir yg melanda kawasan2 sekitar Johor Baru.. kami cuma dapat mendoakan agar mereka tetap bersabar dengan dugaan ini dan berharap agar meneruskan kehidupan mereka kembali..insyallah!!!


Tetapi sambutan di JB tetap meriah untuk Jelajah ABPBH ini, memandangkan lebih 3,000 pengunjung datang ke Kompleks Pasir Gudang ini... Faizal bersama sama dengan sebahagian dr finalist di ABPBH 2006 tetap menghiburkan peminat2 mereka di selatan tanah air itu...

Faizal bersama rakan-rakan artis di Pusat Pemindahan Banjir, Johor

Photos credits: BH

Destinasi seterusnya weiiii .. ke Kota Parade , MELAKA...

Saturday, January 13, 2007

Yahooo!! Kito ramey2 sorobu Terminol One.. Soromban!!!

Salam ceria,

Dia antara beribu!!!! yg hadir....utk melihat artis kegemarann mereka

Faizal di Terminal 1, Seremban minggu ni bg Jelajah ABPBH 2006 ke Negeri Sembilan.. Lebih kurang 5,000 pengunjung membanjiri Kompleks membeli belah tersebut. AJK FFC turun sama pergi untuk memberikan sokongan kepada Faizal , sambil memberikan poster2 percuma dan mereka juga turut mengambil kesempatan mengedarkan borang2 untuk menjadi ahli FFC... kira sambil menyolam minum air la nih... Faizal telah menyampaikan 2 buah lagu untuk para pengunjung yg hadir dan sempat juga memilih salah seorang peminat bertuah untuk bersama2 beliau menaiki kereta yg disediakan.. sambutan seperti biasalah ..gempak, meriah, santai dan happening beb!!!!....

Wa caya luuuuu.... !!!!

Faizal posing sokmo bersama rakan2 artis


Peminat2 cilik yg kelihat riang dapat bertemu dengan Faizal


Walaupun kelihatan letih...
senyumannye tetap terpancar utk peminat2 senyum sokmo....
Photos credits: Sisterazzi

Next ... ** trip to Kompleks Pasir Gudang, Johor Baru..

Sudahkah anda Undi Sokmooo.....?

Tuesday, January 09, 2007

THE BLACK BEAUTY - Watch out guys!!! it's here...

Salam Semua...

If you do see a black beauty on the road...with its proud owner smiling sokmo...it might just be Faizal driving suavely beside you....you'll never know...

His prize possession has arrived for take- off...Phewwitttt...
The winning smile and his winning glory....sukanye dia...

Our Man has earned himself a driving license....
his black beauty shall accompanty him on the road to success.
Photos credits: Sisterazzi

Speed up your gear now....and Undi Sokmolah...

MAI la...!!! Pakat Mai ramai ramai p Penang nooo...

Salam mesra,
QUEENSBAY MALL, BAYAN BARU PULAU PINANG

Bertempat di Queensbay Mall, Faizal dan artis2 berkumpul di Pulau Pinang pula.. Memandang cuaca yg tidak menentu di Pulau Pinang, masing2 tidak sedikit pun merasa letih atau gusar , bahkan setelah melihat peminat2 di Utara mula membanjiri Queensbay Mall, hanya semata2 mereka ingin melihat serta beramah mesra dengan artis2 kesayangan mereka itu... Kemeriahan amat terasa sekali..apatah lagi artis2 yang datang mempunyai kelompok peminat2 mereka yang tersendiri...


Let's forward to TERMINAL 1, SEREMBAN....

Undi sokmolahhh!!!!

MOH!!! kita ke Kedah

Salam ceria,

GURUN

Destinasi ke 2 Faizal bersama bintang2 popular ke Kompleks Jerai, Gurun Kedah... sambutan amat meriah dengan kehadiran 5,000 peminat membanjiri kompleks Jerai di Gurun, Kedah.. Faizal dan artis lain berkesempatan beramah mesra dengan peminat2 yg hadir untuk menatap wajah Finalist ABPBH iaitu artis2 kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi..Dj2 popular seperti Raja Azura, Aznil serta Rostam turun sama merancakkan suasana di Kompleks Jerai, Gurun Kedah...


Next destination they moved to Queensbay Mall, Bayan Baru

Undi Sokmolah!!!!!

JOM!!!! NA NA NA GANNU KITE....

Salam ceria,

TERENGGANU

Jelajah ABPBH 2006 telah pun bermula, dan destinasi pertama Faizal dan rakan2 artis adalah di Terengganu.. sambutan yang amat memberangsangkan dengan sambutan dari peminat2 Pantai Timur sungguh meyakinkan artis2 yang hadir serta berpeluang beramah mesra dengan peminat2 mereka... Faizal yg sudah semestinya berbangga dan gembira dapat kembali semula ke kampung halaman beliau......

Mari kita ikuti Faizal menjelajahi setiap aktiviti dan promosi JELAJAH AUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006... come on guys...lets join them !!!!!


Next destination will be in Kompleks Plaza Jerai, Gurun Kedah...see u there!!!!

*** JANGAN LUPA KERATAN BORANG UNDIAN DIHANTAR SEBELUM TARIKH AKHIR 21HB JANUARI 2007

Vote sokmolah!!!!

<BGSOUND src="" loop=infinite>