Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Friday, September 29, 2006

MARHABAN & UNIKNYA RAMADAN BERSAMA FAIZAL...

Salam semua....
Photobucket - Video and Image Hosting

Sepanjang bulan Ramadan ini umat umat islam tetap menjalankan tugas seharian mereka seperti biasa..begitu juga dengan Faizal yang tetap menjalankan tugas2 beliau . Program Marhaban bersama Astro umpamanya bermula dari Muar, KB Mall Kota Baru, Dataran Shabandar Kuala Terengganu dan berakhir di SACC Shah Alam, Selangor.... Faizal bersama rakan2 AF yang lain telah melagukan puji pujian yg memuji kebesaran Allah.. dan akan disertai oleh kumpulan kumpulan marhaban yang bertanding di serata negeri.. Pujian harus diberikan kepada Faizal dan rakan2 yg mengambil peluang ini untuk sama sama menyumbang serta menghayati dan memuliakan bulan Ramadan Al- Mubarak...

Disamping tugas beliau di luar.. kita juga dapat saksikan Faizal beraksi di 15 episod selama 2 minit di program Uniknya Ramadan di Astro Ria setiap hari pada pukul 12.58 tengahari, 6.58 petang, 5.58 pagi setiap hari.. Uniknya Ramadan bersama Faizal adalah program santai bersama Faizal di bulan puasa serta persiapan beliau menjelang Hari Raya.. dan Uniknya Ramadan ni amat tepat sekali kerana buat pertama kalinya dapat kita saksi kan betapa Faizal menggunakan dialek Terengganunya.. kita di Malaysia amat bertuah kerana setiap negeri ada dialeknya tersendiri....Penonton amat terhibur dengan keletahnya yg tanpa segan silu memertabatkan dialek dan keindahan negerinya... itu la Faizal ..jejaka yg tetap kuat dengan jati diri dan asal usulnya.... dan amat bertetapan sekali dengan tajuk rancangan Uniknya Ramadan bersama Faizal kerana Faizal memang Unik....

SENYUM SOKMOLAHHHH.......

Wasalam...SELAMAT BERPUASA....

Saturday, September 23, 2006

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak...

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak kepada semua umat islam

di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan di rantauan.
Kami dari warga kerja Blog Faizal ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan di bulan yang mulia ini kita sama sama menafaatkan dan merenung akan kata-kata,
Abu Hurairah (ra) meriwayatkan :

Sesiapa berpuasa dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan dan ganjaran Allah, nescaya di ampunkan dosa dosanya yang lalu."
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Huraian dr hadis di atas ialah mengajak umat Islam menghayati puasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan yang sebenar kepada Allah dengan memahami tujuan dan objektif berpuasa dengan mengharapkan keredaan dr Allah. Sekiranya puasa kita itu sempurna dengan keampunan Allah Taala segala dosa kita yang lalu akan diampunkan selagi tidak dikerjakan dosa besar.

Amin.. Selamat Berpuasa..Puasa Sokmo lahhhh..di bulan Ramadhan nie.

Friday, September 22, 2006

Beginning ... Bermulanya suatu titik permulaan....

Assalamualaikum...

Journey... perjalanan...adalah sama maksudnya..


Perjalanan yg akan dilalui oleh Mohamad Faizal Ramly ... Faizal..pemuda yg bertakhta di hati peminat2 nye... Faizal yg 3 bulan dahulu tidak kita kenali...yg hanya seorang pemuda biasa berasal dari Marang, Terengganu... kini namanya mula meniti di bibir peminat2 nye serata negeri di Malaysia malah namanya juga berjaya menambat hati peminat2 dari Negara jiran iaitu Singapura dan Brunei Darulsalam... pemuda yg telah di nobatkan sebagai JUARA AKADEMI FANTASIA 4... setelah hampir 1 bulan bergelar artis.. dia memulakan perjalanannya sebagai anak seni... perjalanan yg harus dilalui masih jauh.. tetapi hakikatnya untuk menjadi penghibur adalah cita2 nya...Idola yang amat dikagumi nya adalah Sudirman Hj Arshad.

Faizal mahu menjadikan idolanya sebagai pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha keras utk menjadi seorang anak seni yang berjaya.. tidak di nafikan Faizal amat menyenangi lagu lagu dan nyanyian idolanya itu... Harapan dan cita citanya itu di sambut baik oleh peminat dan penyokong penyokongnya...mereka merasakan ada sesuatu yg dapat di banggakan dalam diri Faizal.. sikap dan penampilan nya yang amat menyenangkan peminatnya.. sikap yakinnya dia utk bergelumang dalam industri hiburan.. sikap yg merendah diri dan sentiasa terbuka menerima teguran untuk Faizal membuktikan yang beliau bukan hanya mau menempatkan diri dalam industri hiburan untuk seketika tetapi mahu memahatkan namanya dalam industri hiburan selama yang buleh, Faizal juga yakin tanpa usaha dan kerja keras beliau mampu dan sudah ditanamkan kekuatan jati diri beliau.

Dari hari ke hari peminatnya semakin bertambah ..dengan sokongan sebegini amat mengharukan Faizal..hatinya turut berbangga dan berbesar hati atas niat ikhlas peminat peminatnya hinggalah terlancarnya websitenya iaitu faizalfc.net dan khas untuknya juga di adakan Blog untuk peminatnya berkongsi cerita, luahan rasa, suka duka dan apa jua berkaitan dengan diri nya..

Faizal sendiri berharap dapat berkongsi secara telus dan selesa bersama peminat2 nya...bukan hanya di pentas2 persembahan tetapi di alam cyber juga .. dengan harapan apa jua perjalanan karier seninya Faizal dapat melaluinya bersama sama dengan peminatnya... Luangkanlah sedikit masa anda untuk mengenali dan menyelami hati dan perasaan Faizal .. seperti anda menghayati lirik LIHATLAH yg dihasilkan oleh saudara LOLOQ dan lagu digubah oleh M.NASIR.

Lihatlah

Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu
Bukan ku tak percaya

Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya
Lihatlah hujan yang turun putih berkilau

Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu
Lihatlah

Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku

Sedikit ucapan dan video clip akan menyusul bagi pengganti diri beliau, kerana Faizal mahu peminatnya sentiasa berada dekat dengan hatinya.

Lawati lah BLOG SENYUM SOKMO, khas dari Faizal untuk peminat setianya.


Terima Kasih dari hati yg luhur untuk anda semua....


SENYUM SOKMO
laaaaaa.......means SMILE ALWAYS in Bahasa Terengganu.

<BGSOUND src="" loop=infinite>