FAIZAL's 1st meet up with his FANS

Majlis tersebut diadakan adalah tujuan untuk merasmikan Kelab Peminat Faizal, Lama Web Rasmi Kelab Peminat Faizal dan akhir sekali memperkenalkan CD Kompilasi Konsert2 Faizal sepanjang beliau berada di dalam Akademi..walaupun rancangan akademi fantasia sudah pun berakhir tetapi peminat2 masih berpeluang untuk mendengar suara gemersik Faizal sementara menunggu album Solo beliau dijangkakan akan keluar di pasaran pada bulan November nanti...Kehadiran Ahli Parlimen Dungun Yang Berhormat Datuk Rosli Bin Mat Hassan bersama isteri dan keluarga telah memeriahkan Majlis tersebut.. Sokongan beliau terhadap anak jati Terengganu tu cukup membuatkan para peminatnya merasa bangga.
Majlis berlangsung tepat jam 8.30 mlm dengan dimulakan bacaan doa oleh En. Shaari Bin Sulaiman , ucapan dr YBerhormat Datuk, Ketua Operasi Maestro iaitu Freddie Fernandez, Presiden FFC Encik Rahyme b Mokhtar dan disudahi dengan ucapan dari Faizal sendiri.. Faizal sendiri nampak begitu gembira bila mana ramai peminat yg datang memberi sokongan tidak putus2 dalam kerjaya baru beliau itu... Dengan lagak beliau yg sentiasa ceria itu membuat peminat merasa gembira dan teruja..
Faizal turut mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas usaha Kelab peminat beliau bg mempromosikan album kompilasi tersebut. Diharap sokongan ini tidak terhenti disitu tetapi beliau harapkan ianya berterusan selari dengan usaha gigih beliau memantapkan kerjaya beliau.
Masa yang dinantikan oleh peminat2 yg sudah tidak sabar2 lagik adalah masa untuk Faizal mendendangkan lagu2 dr konsert beliau di akademi..Dimulakan dengan lagu Blues Terengganu Kita.. sejurus saja lagu tersebut didendangkan... beliau dengan rasa megahnya melancarkan Laman Web Rasmi Kelab Peminat Faizal yg dibantu oleh En.Kamaruzzam @ SA yg menerajui Laman Web tersebut.. Selesai saja acara tersebut Press Conference di adakan utk Faizal.. sambil PC dijalankan ..para tetamu di saji kan dengan makanan malam.. suasana santai dah ceria tu membuat kan masing2 merasa benar2 gembira...
Selesai di temuramah..faizal kembali menyampaikan 3 buah lagu iaitu INGIN TAHU (berduet bersama isteri YB), DEALOVA yg menjadi kegilaan peminat2 wanita Faizal sehingga mendapat tepukan gemuruh dr penonton dan akhir sekali lagu yg menjulang namanya di persada seni iaitu LIHATLAH... lagu itu juga terunggul di Carta era minggu tersebut..Senyumnya tidak putus2 dilemparkan kepada peminatnya

Peminat masih lagi setia menanti hingga ke akhir majlis yg mana satu lagi sessi bersama peminat iaitu untuk mendapatkan tandatangan penyanyi kesayangan mereka yg bg mereka mungkin tidak berpeluang lagi bersama2 beliau di masa2 akan datang kerana kesibukkan beliau dengan kerjaya baru ini ...
To view Faizal's performances at the gathering please
CLICK HERE... Courtesy of Faizal's fan, Syasya.
CLICK HERE... Courtesy of Faizal's fan, Syasya.
Senyum sokmolaaaaah...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home