Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Sunday, December 31, 2006

Don't miss these chances to meet Faizal

Salam Semua...

Faizal will be touring your states this January and ...don't miss these chances to meet Faizal...Upfront !!!

6 Jan
Promosi ABPBH
Kompleks Plaza Jerai , Gurun, Kedah

7 Jan
Promosi ABPBH
Queensbay Mall, Bayan Baru , Pulau Pinang

13 Jan
Promosi ABPBH
Terminal One , Seremban, Negeri Sembilan

14 Jan
Promosi ABPBH
Kompleks Pasir Gudang, Johor

19 Jan
Duta Mamee Sllrrrp
Terengganu

20 & 22 Jan
Promosi ABPBH
Lokasi akan diberitahu

28 Jan
Promosi ABPBH
Putrajaya

31 Jan- 4 Feb
Shows di Brunei
Brunei

* ABPBH Tour locations at Langkawi & Melaka will be updated
*Dates and locations are subjected to change

Undi Sokmolah......For more updated infos..please visit www.faizalfc.net

Thursday, December 28, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & HAPPY NEW YEAR 2007

Salam Aidiladha dan Tahun Baru 2007,


Semua pembaca pembaca BLOG SENYUM SOKMO!!!

Sepotong kata2 Allahyarham Tan Sri P Ramlee didalam lagu ...." Berkorban apa saja ...harta atau pun nyawa..." merungkai maksud "BERKORBAN, PENGORBANAN, KORBAN" membawa ertikata yang sama ..yg berbeza hanyalah maksud yang hendak disampaikan tetapi tetap sinonim dengan kehidupan seharian kita.. kehidupan yg semakin hari semakin menuntut masa serta kudrat dan tenaga apatahlagi ianya penuh dengan cabaran dunia dan kehidupan seharian yang memerlukan kita berusaha dari setiap aspek.. Kita bukan hanya perlu berkorban dlm kehidupan seharian , masa , keluarga, wang ringgit, harta benda, kasih sayang tetapi kadangkala kita perlukan hanya sedikit sumbangan demi orang2 "disekelilingi" kita yg tiada pertalian saudara tetapi pertalian sesama bangsa dan agama....

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini , sama2lah kita merenung kembali dengan penuh keinsafan bahawa rezeki yang di beri oleh ALLAH S.W.T tu sedikit sebanyak dapatlah kita berkongsi dengan yang perlu dan yang memerlukan sumbangan .. insyallah melimpah jua rezeki yg datang....

Sehari selepas HARI RAYA AIDIL ADHA.. Menjelang pula TAHUN BARU 2007. Perlu juga kita tanamkan resolusi baru serta azam untuk membina hidup yang lebih bermakna dan selesa serta kerjaya yang lebih cemerlang... Walau semoden dan sesenang mana pun kehidupan yg kita lalui .. palinglah ke belakang seketika dan ingatlah keluarga serta insan insan yg kita sayangi tetap penting .. Hanya sedikit "Pengorbanan" bersama mereka akan memudahkan perjalanan kehidupan kita di masa akan datang...Nikmatilah seadanya rezeki yang diberi dan berbaktilah kepada bangsa dan agama ...

Kepada yang mempunyai keluarga, saudara mara serta rakan taulan yang sedang mengerjakan Haji di Mekah..sama2lah kita berdoa agar mereka ini di permudahkan Rukun Islam yang ke 5 semoga ibadat haji itu berangkat dari motivasi dan niat kerana Allah S.W.T . Hayatilah kata2 ini oleh Rasulullah SAW:" Jika seseorang pergi menunaikan haji dengan biaya dari harta yang halal dan kemudian diucapkannya, "Labbaikallaahumma labbaik ( ya Allah, inilah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Maka berkata penyeru dari langit: "Allah menyambut dan menerima kedatanganmu dan semoga kamu berbahagia. Pembekalanmu halal, pengangkutanmu juga halal, maka hajimu mabrur, tidak dicampuri dosa." , semoga mereka2 ini pulang dengan selamat ke tanah air.. insyaallah!!!

KAMI WARGAKERJA FFCNET INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2007 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SENYUM SOKMO SEMOGA DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA......

SYUKUR SOKMOLAHHH!!!

Wednesday, December 27, 2006

MAMEE SLURPPPPPPPPP!!!!! SEDAP SOKMOLAH!!!

Salam semua..guane gamok weh!!!

Ermmm.. lapor doh nih!!!.. baru tengok tajuk " MAMEE SLURPPPPPP" pong rasa lapor slalu doh eh..!!!!...OWOH!!! ni pong rase nok makang MAMEE doh nih..nok2 kalu perisa Ayam......kalu Faizal laing ah dia tu kang DUTA MAMEE SLURPPPP... mende lagi..dapat stok MAMEE SLURPPPP free setahung ah napok gaya....

Duta kita iaitu FAIZAL baru baru ni telah mengadakan promosi MAMEE SLURRP di Dewan Majlis Daerah Marang Terengganu.

Sambutang macang biasa ah memang merioh sokmo, tetamu hok hadir dijemput oleh pihak MAMEE sendiri seperti tetamu2 (OKU) dan orang ramai hok datang semata mata untuk promosi MAMEE SLURRPPP tersebut.
Majlis kedua dengan acara di sebeloh petangnya pulok bermula tepat pada pukul 4.30 petang dengan kehadiran peminat2 dan juga pelanggan2 setia Sabasun dan MAMEE... Macang-macang acara di adakan sambil Faizal sempat gak mempromosikang mee segera MAMEE SLURRPPP bersama pengunjung2 dan peminat2 yg hadir.....

Faizal sempat menyanyikan 2 lagu Hujan dan Lihatlah.. autograph tuk peminat Faizal doh tentu dok lupa.. sessi autographh pun berterusang dalam setengoh jam...peminat2 yg bertuah tak ketinggalan mendapat goodies bag dan poster .. siapa cepat dia dapat.. siapa lambat .. melepas la...Majlis selesai kira kira pukul 6 petang dan masih ada peminat ambik kesempatan untuk bergambar kenangan bersama Faizal yang sentiasa senyum sokmo tu... masing2 bersurai dengan paket2 mamee di tangan .. itu pun yg bertuah je lah!!! yg tidak dpt jangan susah hati......stok simpanan Mamee Faizal pun banyok tuuuuuu....


Faizal bersama mereka yg istimewa

Fo more photos please visit Faizal's Photology
*Photos will be updated soon

MAMEE SOKMOLAHHHH!!!

Monday, December 25, 2006

PROMOSI TOUR ABHPP 2006 DI TERENGGANU

Salam semua,



Sempena Promosi bergerak ABPBH 2006 , Faizal turut serta untuk Promosi di Ekuestrian Resort di Terengganu baru baru ini dan Berita Harian adalah Penaja Utama ABPBH ini. Faizal bersama dengan artis2 lain yang tercalon dalam kategori masing2 berada di Terengganu bertemu peminat2 untuk sama2 memeriahkan Promosi ABPBH 2006.



Walaupun kesibukkan dengan terikatnya beliau bersama GGA, Faizal tetap muncul di Ekuestrian Resort Terengganu. Acara bermula tepat pada pukul 3.30 petang. Beliau mendendangkan 2 buah lagu dan sempat beramah mesra dengan peminat peminatnya. Majlis di teruskan dengan persembahan artis artis lain yg turut sama dalam Jelajah ABPBH, manakala Faizal pula terpaksa bergegas ke Kuantan untuk destinasi terakhir Gegak Gemilang Astro . Walaubagaimana pun beliau tetap memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi, begitu juga harapan beliau terhadap peminat2 nya..... inysallah!!!!


A lucky fan....who was chosen by Faizal.

Undi sokmolahh!!!!!

Friday, December 22, 2006

HAPPY HOLIDAYS!!!! n SELAMAT HARI KRISMAS!!!!

Salam Hari Natal,

Untuk semua yang beragama Kristian di seluruh Malaysia kami wargakerja FFC net ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS!!!

Wish u all who celebrating the holidays with full of hapiness with family n love ones... Turkey's stuffing, pudings, cakes , cookies and all the presents n of course with lots of joy!!!! HAPPY HOLIDAYS!!!!


Merry Merry sokmolahhhh!!!

Sunday, December 17, 2006

TOP 5 IN 2 CATEGORIES AT ABHPP 2006.. WELLDONE!!

Salam buat semua,

Wow!!!!! Congrats Faizal... amazing!!!! something for all of us to be proud of!!!
Well done guys!! we made it n put Faizal in TOP 5 with 2 c ategories in hand..

Semua peminat peminat Faizal nampaknya sudah pun mula mengundi setelah mendapat berita yg Faizal sudah pun tercalun dalam 2 kategori iaitu ARTIS BARU LELAKI POPULAR dan ARTIS LELAKI POPULAR serta kategori utama BINTANG PALING POPULAR 2006 baru baru ini yang telah pun di umumkan pada 13hb Disember bertempat di PALACE OF THE GOLDEN HORSES ...


Faizal bersama artis- artis yg dicalon

Faizal bergaya sokmo....

Kami warga kerja Faizalfcnet mengalu ngalukan kerjasama dari anda semua agar kita sama sama membantu Faizal mencapai kejayaan.. Top5 ABHPP disiarkan setiap hari selama 5 minggu di Berita Harian dan Berita Minggu bermula dari 14hb Disember hingga 21hb Januari 2007 dan anda berpeluang memilih Faizal dalam 2 kategori serta Anugerah Utama untuk kategori BINTANG PALING POPULAR 2006 .


Untuk menghangatkan lagi suasana Anugerah ABHPP selain dari Jadual dengan promosi ABHPP yg di tetapkan oleh penganjur , Ahli2 AJK FFC juga akan bergerak bersama2 secara ekslusif dalam Jelajah Ekspidisi FFC untuk AJK FFC bersama2 mendekati peminat di lokasi2 yang akan sampai di tempat2 anda nanti..Anda buleh dapatkan ape jua info berkenaan Faizal di booth2 yang disediakan disana.. Nanti kan kemunculan AJK FFC di tempat2 anda!!!!

So guys do check out the locations meeting sessions with Faizal's AJK and Fans at the specific locations... FFC booth will be set up early n all FFC merchandise will be sold at the booth!!! Come early Faizal's fans!!! Do grab the opportunity to meet them and lots of information on FFC upcoming activities for fans meet- up with Faizal will be available!!!!

*These are not the confirmed dates.
*XPDC dates have been changed. Do check out Faizalfc.net for latest dates.



Marilah sama2 kita menyokong serta memberi peluang untuk beliau terus menyinar dan memberi impak dalam industri seni tanahair .... semoga Faizal beroleh kejayaan dalam karier yang di ceburinya....

Official Promotional Locations by BH

Hope for the best!!! with god willing n blessing... insyaallah!!!!

Support sokmolahh!!!!

Saturday, December 16, 2006

DUTA MAMEE - FAMOUS 5

Salam sejahtera semua,

Tanniah Faizal!!!!

Bersama sama Aznil, Mawi, Adam dan Farah di lantik menjadi DUTA MAMEE FAMOUS 5 ... Faizal dan rakan rakan berada di lokasi JOM HEBOH di Shah Alam baru2 ini.. Banyak juga booth booth yg disediakan oleh pihak penganjur tetapi yg mendapat sambutan adalah Booth Mammee Famous 5 kerana ke lima2 orang DUTA MAMEE berada di booth bersama sama peminat2 sambil Faizal dan rakan2 sibuk mengagih agihkan produk mamee kepada pengunjung yg datang berkunjung..... (WOOOO.... setahun makan produk mamee nih!!!! jangan gugur rambut dah ler...haha!!! )

Check it out the pics n vclip of the MAMEE FAMOUS 5 !!!

Introducing introducing Faizal in silhouette...

credits to Along


Faizal distributing Mamee goodies to fans


Still smiling....under the hot sun


Taking a sip..while on a short break


Faizal taking a break while chatting with fans

MAMEE SOKMOLAHHH!!!!!

Thursday, December 14, 2006

Syabas..kepada para- pengundi

Salam ceria Semua.....

Syabas kepada para pengundi kerana berjaya mencalonkan Faizal ke TOP 5 Pencalonan untuk 2 kategori:-
1. Artis Baru Lelaki Popular
2. Penyanyi Lelaki Popular


Teruskan Undian anda di tahap yg akhir ini.....

Undi Sokmolah
...Terima Kasih

Thursday, December 07, 2006

FAIZAL ...UJIAN ...TOYOTA VIOS....SEMOGA BERJAYA!!!

Salam semua,

Sejurus persembahan pentas di Gegak Gemilang Astro di Ipoh.. Faizal bergegas pulang dari Ipoh, Perak ke Kuala Terengganu kerana keesokkan harinya beliau terpaksa menduduki ujian untuk mendapatkan lesen memandu kereta.. beliau melelapkan mata seketika kerana masa rehat beliau terbatas tetapi kerana peluang sebegini beliau melupakan seketika rasa penat tersebut...

Apa Mung tgh godeh tu Faizal...



Konsentrasi Sokmo Faizal....Vios Menanti

Faizal membuat persiapan rapi bg mengikuti kelas undang2 selama 5 jam di Sekolah Memandu yang di taja sepenuhnya oleh PSM Akademi (M) Berhad di Gong Badak, Kuala Terengganu bagi memastikan impian Faizal menjadi kenyataan .. Semoga Faizal berjaya kelak dan pulang ke Kuala Lumpur dengan memandu kereta TOYOTA VIOS hitam dengan penuh bergaya.....

*Entry contribution from Mira_ Syamim @Faizalfc.net

LULUS SOKMOLAHHHH!!!! VIOS MENANTI....

Wednesday, December 06, 2006

DUNGUN DAN KEMAMAN destinasi Faizal bersama peminat...

Salam Semua,

Penduduk penduduk di sekitar Dungun dan Kemaman bertuah sekali lagi kerana baru2 ini Faizal berkesempatan pulang semata2 untuk bermesra dengan peminat nya di sana.. apatah lagi ditempat2 tersebutlah beliau belum berkesempatan bertemu peminat2 nya ...

Keesokkan hari nye pula Faizal bertemu peminat2 di Dungun dan tepat pukul 3.45 petang Faizal tiba ... org ramai mula berpusu2 dan bertolak2 ingin mendekati penyanyi kesayangan ramai itu dengan lebih dekat..


Suasana sungguh meriah sekali kerana orang ramai penuh sesak membanjiri kompleks membeli belah di Pasaraya Aneka Dungun. Sambutan yang sangat hebat itu dan masih terkawal itu berjaya di redakan oleh pihak2 RELA dan Polis serta ahli2 FFC sendiri... Begitu juga sambutan di Centre Point Kemaman yang rata2 peminat peminatnya adakala nya tidak terkawal akibat dari tolakkan peminat yg ingin melihat bintang yang semakin bersinar itu dari dekat...Jangankan di lobby, pusat membeli belah yg mempunyai 4 tingkat itu di penuhi oleh peminat2nya sambil menjerit dan melaungkan nama beliau.....


Pertemuan Faizal dan peminat2nya itu dianjurkan oleh usahasama Faizal Fan Club Lembah Kelang, Marang, Dungun dan Kemamang.. dan ternyata ia mendapat sambutan yang amat luar biasa... Booth FFC seperti biasa menjual produk2 Faizal dan mendapat sambutan yg menggalakkan. .. Keadaan menjadi tidak terkawal sebaik saja Faizal duduk untuk sessi tandatangan bersama peminat2nya.. tetapi kecekapan pihak pengurusan dan AJK FFC berjaya mengawal suasana menjadi tenang semula..

Photo credits: A Fan from faizalfc.net

Disebelah malamnya pula di Puteri Food Court Bukit Mentok, Kemaman di adakan aturcara yang sama ... Peminat yg tidak dapat bersama pd sebelah petang berpeluang bertemu Faizal di sebelah malamnya pula.. Peminat2 sama seperti sebelah petang tapi masih terkawal.. Faizal pula tiba tepat pukul 9 mlm dan menghabiskan masa beliau selama 2 jam... hari2 sebeginilah memang sukar bg peminat2 beliau alami dan mereka sungguh teruja akan kehadiran Faizal .. tetapi yang amat penting bg mereka adalah peluang sebegini tidak akan di sia2kan kerana kesibukkan Faizal membataskan pertemuan2 seperti ini.....

*Entry contribution from Mira_Syamim @Faizalfc.net

SOKONG SOKMOLAHHHH!!!!!!

Friday, December 01, 2006

Majalah URS: Anugerah Artis Baru Lelaki Popular 2006

Salam Semua....


Undi Sokmolah...Untuk ABPBH....

<BGSOUND src="" loop=infinite>