Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Friday, September 22, 2006

Beginning ... Bermulanya suatu titik permulaan....

Assalamualaikum...

Journey... perjalanan...adalah sama maksudnya..


Perjalanan yg akan dilalui oleh Mohamad Faizal Ramly ... Faizal..pemuda yg bertakhta di hati peminat2 nye... Faizal yg 3 bulan dahulu tidak kita kenali...yg hanya seorang pemuda biasa berasal dari Marang, Terengganu... kini namanya mula meniti di bibir peminat2 nye serata negeri di Malaysia malah namanya juga berjaya menambat hati peminat2 dari Negara jiran iaitu Singapura dan Brunei Darulsalam... pemuda yg telah di nobatkan sebagai JUARA AKADEMI FANTASIA 4... setelah hampir 1 bulan bergelar artis.. dia memulakan perjalanannya sebagai anak seni... perjalanan yg harus dilalui masih jauh.. tetapi hakikatnya untuk menjadi penghibur adalah cita2 nya...Idola yang amat dikagumi nya adalah Sudirman Hj Arshad.

Faizal mahu menjadikan idolanya sebagai pemangkin untuk dirinya supaya lebih berusaha keras utk menjadi seorang anak seni yang berjaya.. tidak di nafikan Faizal amat menyenangi lagu lagu dan nyanyian idolanya itu... Harapan dan cita citanya itu di sambut baik oleh peminat dan penyokong penyokongnya...mereka merasakan ada sesuatu yg dapat di banggakan dalam diri Faizal.. sikap dan penampilan nya yang amat menyenangkan peminatnya.. sikap yakinnya dia utk bergelumang dalam industri hiburan.. sikap yg merendah diri dan sentiasa terbuka menerima teguran untuk Faizal membuktikan yang beliau bukan hanya mau menempatkan diri dalam industri hiburan untuk seketika tetapi mahu memahatkan namanya dalam industri hiburan selama yang buleh, Faizal juga yakin tanpa usaha dan kerja keras beliau mampu dan sudah ditanamkan kekuatan jati diri beliau.

Dari hari ke hari peminatnya semakin bertambah ..dengan sokongan sebegini amat mengharukan Faizal..hatinya turut berbangga dan berbesar hati atas niat ikhlas peminat peminatnya hinggalah terlancarnya websitenya iaitu faizalfc.net dan khas untuknya juga di adakan Blog untuk peminatnya berkongsi cerita, luahan rasa, suka duka dan apa jua berkaitan dengan diri nya..

Faizal sendiri berharap dapat berkongsi secara telus dan selesa bersama peminat2 nya...bukan hanya di pentas2 persembahan tetapi di alam cyber juga .. dengan harapan apa jua perjalanan karier seninya Faizal dapat melaluinya bersama sama dengan peminatnya... Luangkanlah sedikit masa anda untuk mengenali dan menyelami hati dan perasaan Faizal .. seperti anda menghayati lirik LIHATLAH yg dihasilkan oleh saudara LOLOQ dan lagu digubah oleh M.NASIR.

Lihatlah

Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu
Bukan ku tak percaya

Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya
Lihatlah hujan yang turun putih berkilau

Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu
Lihatlah

Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku

Sedikit ucapan dan video clip akan menyusul bagi pengganti diri beliau, kerana Faizal mahu peminatnya sentiasa berada dekat dengan hatinya.

Lawati lah BLOG SENYUM SOKMO, khas dari Faizal untuk peminat setianya.


Terima Kasih dari hati yg luhur untuk anda semua....


SENYUM SOKMO
laaaaaa.......means SMILE ALWAYS in Bahasa Terengganu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

<BGSOUND src="" loop=infinite>