Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Friday, September 29, 2006

MARHABAN & UNIKNYA RAMADAN BERSAMA FAIZAL...

Salam semua....
Photobucket - Video and Image Hosting

Sepanjang bulan Ramadan ini umat umat islam tetap menjalankan tugas seharian mereka seperti biasa..begitu juga dengan Faizal yang tetap menjalankan tugas2 beliau . Program Marhaban bersama Astro umpamanya bermula dari Muar, KB Mall Kota Baru, Dataran Shabandar Kuala Terengganu dan berakhir di SACC Shah Alam, Selangor.... Faizal bersama rakan2 AF yang lain telah melagukan puji pujian yg memuji kebesaran Allah.. dan akan disertai oleh kumpulan kumpulan marhaban yang bertanding di serata negeri.. Pujian harus diberikan kepada Faizal dan rakan2 yg mengambil peluang ini untuk sama sama menyumbang serta menghayati dan memuliakan bulan Ramadan Al- Mubarak...

Disamping tugas beliau di luar.. kita juga dapat saksikan Faizal beraksi di 15 episod selama 2 minit di program Uniknya Ramadan di Astro Ria setiap hari pada pukul 12.58 tengahari, 6.58 petang, 5.58 pagi setiap hari.. Uniknya Ramadan bersama Faizal adalah program santai bersama Faizal di bulan puasa serta persiapan beliau menjelang Hari Raya.. dan Uniknya Ramadan ni amat tepat sekali kerana buat pertama kalinya dapat kita saksi kan betapa Faizal menggunakan dialek Terengganunya.. kita di Malaysia amat bertuah kerana setiap negeri ada dialeknya tersendiri....Penonton amat terhibur dengan keletahnya yg tanpa segan silu memertabatkan dialek dan keindahan negerinya... itu la Faizal ..jejaka yg tetap kuat dengan jati diri dan asal usulnya.... dan amat bertetapan sekali dengan tajuk rancangan Uniknya Ramadan bersama Faizal kerana Faizal memang Unik....

SENYUM SOKMOLAHHHH.......

Wasalam...SELAMAT BERPUASA....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

<BGSOUND src="" loop=infinite>