Life Narration of a Kampong boy's journey as an Aspiring Artiste

Thursday, December 28, 2006

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA & HAPPY NEW YEAR 2007

Salam Aidiladha dan Tahun Baru 2007,


Semua pembaca pembaca BLOG SENYUM SOKMO!!!

Sepotong kata2 Allahyarham Tan Sri P Ramlee didalam lagu ...." Berkorban apa saja ...harta atau pun nyawa..." merungkai maksud "BERKORBAN, PENGORBANAN, KORBAN" membawa ertikata yang sama ..yg berbeza hanyalah maksud yang hendak disampaikan tetapi tetap sinonim dengan kehidupan seharian kita.. kehidupan yg semakin hari semakin menuntut masa serta kudrat dan tenaga apatahlagi ianya penuh dengan cabaran dunia dan kehidupan seharian yang memerlukan kita berusaha dari setiap aspek.. Kita bukan hanya perlu berkorban dlm kehidupan seharian , masa , keluarga, wang ringgit, harta benda, kasih sayang tetapi kadangkala kita perlukan hanya sedikit sumbangan demi orang2 "disekelilingi" kita yg tiada pertalian saudara tetapi pertalian sesama bangsa dan agama....

Sempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini , sama2lah kita merenung kembali dengan penuh keinsafan bahawa rezeki yang di beri oleh ALLAH S.W.T tu sedikit sebanyak dapatlah kita berkongsi dengan yang perlu dan yang memerlukan sumbangan .. insyallah melimpah jua rezeki yg datang....

Sehari selepas HARI RAYA AIDIL ADHA.. Menjelang pula TAHUN BARU 2007. Perlu juga kita tanamkan resolusi baru serta azam untuk membina hidup yang lebih bermakna dan selesa serta kerjaya yang lebih cemerlang... Walau semoden dan sesenang mana pun kehidupan yg kita lalui .. palinglah ke belakang seketika dan ingatlah keluarga serta insan insan yg kita sayangi tetap penting .. Hanya sedikit "Pengorbanan" bersama mereka akan memudahkan perjalanan kehidupan kita di masa akan datang...Nikmatilah seadanya rezeki yang diberi dan berbaktilah kepada bangsa dan agama ...

Kepada yang mempunyai keluarga, saudara mara serta rakan taulan yang sedang mengerjakan Haji di Mekah..sama2lah kita berdoa agar mereka ini di permudahkan Rukun Islam yang ke 5 semoga ibadat haji itu berangkat dari motivasi dan niat kerana Allah S.W.T . Hayatilah kata2 ini oleh Rasulullah SAW:" Jika seseorang pergi menunaikan haji dengan biaya dari harta yang halal dan kemudian diucapkannya, "Labbaikallaahumma labbaik ( ya Allah, inilah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Maka berkata penyeru dari langit: "Allah menyambut dan menerima kedatanganmu dan semoga kamu berbahagia. Pembekalanmu halal, pengangkutanmu juga halal, maka hajimu mabrur, tidak dicampuri dosa." , semoga mereka2 ini pulang dengan selamat ke tanah air.. insyaallah!!!

KAMI WARGAKERJA FFCNET INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DAN SELAMAT TAHUN BARU 2007 KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SENYUM SOKMO SEMOGA DI BERKATI ALLAH HENDAKNYA......

SYUKUR SOKMOLAHHH!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

<BGSOUND src="" loop=infinite>